Sunday, 28 January 2018

Tips memilih UPU (Ijazah sarjana muda sains Fizik )

Assalamualaikum wbt. Hai!! Okey, harini saya nk share sikit pasal jurusan yang saya ambek kat UTM. Ijazah Sarjana Muda Sains Fizik atau lebih dikenali Pure Physics menjadi pilihan utama saya.

Sebelum adik2 pilih course di UPU nanti, saya nak beri lah tips sedikit.
Pilih course untuk sambung degree ni x boleh maen2 tau!! Bukan kerana untuk masa depan tetapi pembelajaran sepanjang di universiti nanti. 

1. Pilih berdasarkan minat kita.
Nasihat saya pilih lah course berdasarkan minat yang adik suka, jgn pilih kerana peluang pekerjaan, gaji yg byk, ataupun nak jaga hati mak ayah ke.. Hahaha. Sbb jangka masa bljr degree ni lamaaa, 4 tahun tau!! 

Okey, saya bagi contoh. Saya ambek Fizik ni kerana saya mmg minat dari sekolah lagi. Walaupun saya tahu, fizik ni susah, tapi saya nmpk ia sgt menarik dan kene dgn jiwa saya. Fizik berkaitan dgn alam semulajadi, di samping saya belajar dlm kelas, saya boleh aplikasikan dlm hidup dan byk benda yg saya ingin tahu semua boleh dibuktikan dgn fizik. Sebagai contoh, pernah perasan x knp ada dua bacaan meter kat dpn stereng kereta tu? Kita sume tahu yg satu tu tunjuk brp laju kereta yang kita bawah seperti 100km/h.. tetapi, yg meter ade 1,2,3 tu bacaan untuk ape? Itu sebenarnye bacaan brp byk roda tayar kita berpusing dalam 1 minit. Itu sbb cara bacaan dibaca dgn 1000rev/min bermaksud roda tayar kereta berpusing sebanyak 1000 kali dalam masa 1 min. Dalam subjek Mechanics, kita akan belajar Translational/Linear Motion dan Rotational Motion. Linear Motion yang saya maksudkan ialah 100km/h iaitu kereta bergerak lurus ke hadapan manakala Rotational Motion ialah 1000rev/min tayar kereta bergerak dalam keadaan bulat. Bila digabungkan linear dan rotational, kereta mampu bergerak ke hadapan dgn pusingan roda tayar kereta. Menarik kan? Byk lagi yang akan belajar dalam mechanics dan byk juga persoalan yang boleh dibuktikan.

2. Jangan pilih course berdasarkan result.
Semasa pilih UPU nanti, adik2 kene fikir, tidak semestinya adik2 akan dpt subjek A sampai bila2 kalau kita x minat subjek tu. 
Result saya masa SPM 7A2B, B English dan Bio.. 
masa Asasi Sains UITM dengkil , 
                         Sem 1  Sem 2
Math             A      A
Physics         B      B+
Chemistry   B       B
Biology        B-      C+

Walaupun Math saya dpt A masa asasi, saya x pilih Pure Math atau Sains Aktuari ke untuk degree. Sbb saya belajar math hny untuk dpt A tapi saya x nmpk apa yg menarik dlm math. Oleh itu, jgn pilih UPU berdasarkan result. Tapi, kene lah pastikan result kita tu layak untuk ambek course tu mcm minimum requirement. 

3.Semak dulu apa yang akan dibelajar sepanjang degree.
Adik2 kene tahu dulu apa yang akan dibelajar nanti, walaupun akan ada perubahan mengikut semasa, tetapi ia tetap syllabus yang sama.
Ini kerana, setiap uni berbeza apa yang akan dibelajar, itu terpulang kepada uni tu.

4.Pilih Universiti berdasarkan course bukan kerana u tu terkenal.
Saya pilih UTM kerana berdasarkan research yang saya cari UTM sgt terkenal dgn course Math, Physics dalam skop Fakulti sains. Adik2 jgn pilih u sbb nk gah dgn nama kerana setiap uni ada kelebihan masing2. Contohnya, UiTM terkenal dgn subjek Law, USM medic, UM business , UPM sains pertanian, UTHM optic dan mcm2 lagi. UTM telah lahirkan graduan yang paling muda dpt PHD seawal usia 23 tahun, Dr Mundzir dalam jurusan Fizik.

Sepanjang sem1 saya di UTM, minat saya terhadap fizik semakin mendalam. Lecturer memberi galakan dan peluang terhadap kami. Lecturer wujudkan situasi seperti kami ni satu keluarga fizik yang besar. Antara aktiviti yang kami buat berbanding course lain Chemistry dan Math ialah program fye (first year experience). Kami pergi berkhemah selama 3hari2malam di Pantai Mersing. Jabatan Fizik juga wujudkan bilik undergraduate untuk students belajar, rehat2. Kami juga jalankan program bersama lecturer seperti Gravity Challenge. Setiap 2minggu sekali, akan ada talk bersama mcm2 lecturer iaitu program USS (university science speaker) yang membincangkan tntg penemuan baharu dalam Fizik. Kalau nak tahu, masih byk lagi peluang untuk dpt Noble Prize kalau kita menemukan benda baharu!! Dan yang paling menarik, sume lecturer physics di UTM merupakan alumni UTM/ex student UTM!! Ia akan membentuk satu generasi pelajar dgn lecturer dalam jabatan Fizik di UTM!!

Walaupun result sem1 saya x sebagus yg disangkakan, tetapi byk perkara yg saya pelajari berbanding result di atas kertas.
Mechanics                 B+
Electricity and Magnetism     B
Mathematical Methods 1      B-
Islamic and Asian Civilization   A
Introduction to Physics        A
Practical Physics 1            A

Panduan Asasi dan Degree sama, maksudnya ia xkn berubah mengikut semasa. Berbeza dgn SPM dan Matriks kerana ia berubah mengikut purata result student, kalau ramai dpt 70, dia akan turunkan gred dan ramai akan dpt A seterusnya tinggi peluang nk dpt 4flat. Tetapi di Asasi dan Universiti, result tetap walaupun ramai dpt kat 70. Itu sebab ramai dpt A masa SPM dan 4flat kat matriks berbanding students asasi dan university. 

Tetapi, adik2 jgn risau, pemilihan UPU berdasrkan markah sbnr seperti 60%, 70% and so on bukaanya gred seperti A dan 4.0 tu. So, hny yg layak dan memenuhi syarat2 shj boleh lepas course tersebut. 

Memang dia tulis gred pada min.requirement tetapi pihak UPU tetap rujuk markah sebenar yg diberikan oleh pihak asasi dan matrikulasi. So, jgn terkejut kalau x lps sedangkan dh melepasi syarat2 kelayakan. Bagi adik2 dari asasi, jgn stress kalau dpt 3.0 ke atas kerana itu sgt bagus.
Ermmm, saya rasa tu shj tips untuk pilih UPU. Saya nk share sikit gmbr saya sepanjang sem1. Doakan saya dpt habiskan 7 sem lagi di UTM. Dan saya berasa sgt gembira dengan jurusan yang saya ambek. UTM juga membuka peluang kepada sesiapa yang ingin exchange student ke luar negara selama satu sem. Saya berharap dpt menimba ilmu dgn lebih mendalam tntg FIZIK. Akhir kata, kita kena betulkan niat, yg kita mencari ilmu ALLAH agar diredhai dan diberkatiNYA bukan hanya untuk menduduki peperiksaan akhir. Kita kene mencari kebesaraan dan keagungan ALLAH kerana ilmu Fizik sgt berkait rapat dengan AlQuran kerana Alquran telah menceritakan segalanya manakala sains hanya mengagungkan kebesaran ALLAH SWT.

GravityChallenge

Kolam Renang UTM

SUKAM 2017 KTF

Perpustakaan Sultanah Zanariah

FYE Mersing

Masjid Sultan Iskandar

Taman Ekuin

Stadium Azlan Shah UTM

Latihan olahraga SUKAM KTF




8 comments:

  1. Terima kasih kerana berkongsi maklumat yang berguna👍👍

    ReplyDelete
  2. Perkongsian yg sangat menarik...Tq

    ReplyDelete
  3. Hai sis saya jg minat fizik tetapi bila dpat sains fizik di uthm saya rasa mcm nk tukar U lain. Saya rasa saya dh silap memilih u saya lebih suka kalau dapat uitm.

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum kak, saya ingin bertanya sesuatu, saya student pure physics, lepas habis degree, boleh kah saya mohon pekerjaan di hospital? Boleh ke student pure physics macam saya mohon pekerjaan di hospital?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh. Pastikan ambil subjek berkaitan medical physics.

      Delete
  5. Akak masuk utm ambik course apa?

    ReplyDelete
  6. CASINOS IN THE MOUNTAIN HOTEL, NV 3rd UPDATE - JDH Hub
    Casino resort. This 경상남도 출장마사지 resort features more than 2,500 of the 성남 출장샵 finest 아산 출장안마 slots, table 대구광역 출장마사지 games, and live entertainment onsite. 서울특별 출장마사지 Casino resort guests

    ReplyDelete

Tips memilih UPU (Ijazah sarjana muda sains Fizik )

Assalamualaikum wbt. Hai!! Okey, harini saya nk share sikit pasal jurusan yang saya ambek kat UTM. Ijazah Sarjana Muda Sains Fizik ata...