Sunday, 8 October 2017

Masak bubur menggunakan periuk nasi

Assalamualaikum and Hai guys😊😊

Harini aku nk tunjukkan cara memasak nasi menggunakan rice cooker!!😀😀
Maklumlah sebagai student, kita kenalah explore benda2 pelikkan? hhaha

Sebenarnya, byk kegunaan rice cooker nie.. Boleh masak macam2!! Ibarat mcm kau ada mini dapur.. Haaa gitu..😆😆

InsyaAllah, lepas nie aku akan update camna nak masak spaghetti lak..🍝
okey, bubur ni bole mkan untuk 2 org, bagi aku lah,, depend..😉

Bahan2:

  1. Beras (setengah pot)
  2. Ayam goreng (bahagian dada)🍗 
  3. Periuk Nasi Ofcoz!!












Cara2 memasak;
Basuh beras 2 kali tapis.
Kemudian letak 2 kali air bersamaan pot yg digunakan untuk sukat beras tadi. 
Dan letak secubit garam(kalau ada).

Masak beras tu dengan tekan bhgn "cook" kat rice cooker tu.
Tutup bahagian atas.

Tunggu selama 10 minit, dan angkat penutup periuk.
Kalau air tu dah berbuih, baru boleh masuk ayam.

Ayam, carik2kan sampai halus. 
Kemudian masuk ke dalam bubur.
Masukkan lagi 1pot air ke dalam bubur, dan tutup balik penutup periuk nasi tu.

Selepas 5 minit, bubur akan berbuih2 dan buka penutup periuk tu. 
Biarkan periuk nasi terbuka.
Biarkan bubur masak dengan sempurna dan lembut.

Dah siap!! 


**tips: masa makan, bole lah letak kicap, lada sulah dan etc.

Ayam goreng bole beli kat kafe universiti..
Bila makan malam, asyik makan masakan panas jer, boring jugak kan? Kalau ada lauk pauk pun, sume dah sejuk. So, apa kata kita buat bubur, lagi sedap!! Percayalah, ni resipi turun temurun daripada Mak aku tau!!💁
Setakat nie, ramai dah kawan2 datang kat bilik aku rasa bubur yg sedap nie..🍚
Boleh lah ubat sikit "homesick" bila dapat rasa masakan seperti di rumah😂😂

1 comment:

Tips memilih UPU (Ijazah sarjana muda sains Fizik )

Assalamualaikum wbt. Hai!! Okey, harini saya nk share sikit pasal jurusan yang saya ambek kat UTM. Ijazah Sarjana Muda Sains Fizik ata...