Assalamualaikum dan Hai guysssππ
Sebenarnya untuk kekal pada berat badan ideal ataupun pada BMI yg normal, kita hanya perlu mengikut jadual waktu pemakanan yang betul. Walaupun pada mereka yg berumur 40 an ke atas ataupun 20an ke bawah, tetap kene jaga kesihatan!!!ππ
Bagi aku, kita x perlu diet yg ekstrem kemudian melantak sampai x ingat dunia,, tapi berpada2 lah.. Bukannya kalau seseorang tu badan kurus, tidak langsung terdedah kepada penyakit,, tapi sekurang2nya, kita terhindar lebih jauh dari penyakit yg berbahaya dan kritikal.
Bukankah, kalau badan besar akan lebih memudaratkan kesihatan kita? Jadi kita cuba berada pada zon selesa. Jangan terlalu kurus dan terlalu gemuk.. Okey?π
Untuk post berkaitan "berat badan ideal" ni, hanyalah my opinion, tidak ada kene mengena ngan sesiapa pun tauu.. Aku saja nak share bagaimana aku kekal pada berat badan ideal,, berikut adalah bagaimana aku akan cuba pastikan aku mengikut apa yang telah aku rancang untuk buat setiap hari...
7pagi - Breakfast Awal
-Milo Panas
*elakkan untuk ambil susu pada waktu pagi. Milo panas juga bagus untuk orang yang mengalami gastrik secara tiba2.
-Cereal / Roti Wholemeal
*mampu bertahan dalam masa 3 jam, selepas itu kene ambek makanan berat. Elakkan ambil roti putih, kerana mengandungi asid.
10pagi - Breakfast penuh
-Air Suam
**Elakkan mengambil air panas/sejuk.
-Nasi Lemak / Mihun / Mee / Kuew Teow
*makan dalam kuantiti yang sederhana. Satu senduk sudah memadai. Jangan makan sampai kekenyangan!!
12-2 petang - Lunch
-Air Suam
-Nasi (1 senduk)
-Ayam / Ikan / Daging
-Sayur ( 1 mangkuk)
-Buah2an (pisang, betik)
**makan buah2an seperti pisang/betik 30 min sebelum makan, kau akan rasa kenyang dan akan kekenyangan walapun hanya satu senduk nasi shj. Sayur, pisang, betik juga bagus kerana akan membersihkan usus kita seperti jala yang memerangkap sisa makanan kat saluran usus, dan kita akan terhindar dari kanser kolon.
5petang - Hi-Tea
-Air panas (Coffee/Teh panas/Teh O)
-Biskut
7-8malam - Dinner
-Air suam / jus buah
-Nasi (1 senduk)
-Ayam / Ikan / Daging
-Telur / Kentang / Burgedil (2kali seminggu;tukar2)
-Buah2an (jambu batu,etc)
**Jambu batu bersifat alkali, oleh itu ia akan meneutralkan badan kita yang berasid kerana kebanyakkan makanan yang kita makan mengandungi asid berbanding alkali.
10-11malam - Supper
-Susu suam
** ambil susu sebelum tido menghangatkan tubuh badan kita. Susu Full Cream lagi bagus berbanding susu perisa coklat, madu etc kerana kandungan vitamin yang berbeza.
-Roti Wholemeal
**sangat bagus diambil bersama susu sebelum tido, kerana kita akan kenyang sebelum bangun pagi.
Perasan tak, kenapa aku makan banyak kali tapi aku boleh yakinkan yang kau akan dapat berat badan ideal? Ini kerana, aku makan dalam kuantiti yang sedikit tetapi makan banyak kali setiap selang 2-3 jam.
Selama 2-3 jam, jangan langsung kunyah makanan2 manis, jajan, sebab itulah punca berat badan naik. Berbanding, amalkan minum air putih 2-3 liter sehari. Memang agak susah untuk latih diri makan dalam kuantiti sedikit, minum air putih 2 liter, tetapi bila kau buat selalu, ia sudah menjadi kebiasaan. Tambahan pula, kulit kau akan cantik, tiada masalah penyakit.
okey, berkaitan coklat, maggi, jajan, burger, kekacang, cheese, seafood.. bole jer makan, tetapi hadkan,, dalam seminggu sekali jer. okeylah kan? bukan x ambil langsung, kita ni manusia biasa kotttπ Kalau kau ambil seafood berlebihan, kolestrol dalam badan akan naik, nyamuk akan gigit kau.. tapi rilexx,, buat jer air detox, ia akan seimbangkan balik badan kau. (Hiris lemon 2-3 keping, rendam dalam air suam2panas)
Elakkan minum air manis dan ais dengan kerap, gantikan dengan air suam. Sampai satu masa, kau akan rasa enaknya air masak berbanding air pewarna tu.. Hahaha
^okeylah, sampai sini jer rasanya. Aku minta maaf kalau ade kekurangan ke, salah info ke.. π
π