Sunday, 28 January 2018

Tips memilih UPU (Ijazah sarjana muda sains Fizik )

Assalamualaikum wbt. Hai!! Okey, harini saya nk share sikit pasal jurusan yang saya ambek kat UTM. Ijazah Sarjana Muda Sains Fizik atau lebih dikenali Pure Physics menjadi pilihan utama saya.

Sebelum adik2 pilih course di UPU nanti, saya nak beri lah tips sedikit.
Pilih course untuk sambung degree ni x boleh maen2 tau!! Bukan kerana untuk masa depan tetapi pembelajaran sepanjang di universiti nanti. 

1. Pilih berdasarkan minat kita.
Nasihat saya pilih lah course berdasarkan minat yang adik suka, jgn pilih kerana peluang pekerjaan, gaji yg byk, ataupun nak jaga hati mak ayah ke.. Hahaha. Sbb jangka masa bljr degree ni lamaaa, 4 tahun tau!! 

Okey, saya bagi contoh. Saya ambek Fizik ni kerana saya mmg minat dari sekolah lagi. Walaupun saya tahu, fizik ni susah, tapi saya nmpk ia sgt menarik dan kene dgn jiwa saya. Fizik berkaitan dgn alam semulajadi, di samping saya belajar dlm kelas, saya boleh aplikasikan dlm hidup dan byk benda yg saya ingin tahu semua boleh dibuktikan dgn fizik. Sebagai contoh, pernah perasan x knp ada dua bacaan meter kat dpn stereng kereta tu? Kita sume tahu yg satu tu tunjuk brp laju kereta yang kita bawah seperti 100km/h.. tetapi, yg meter ade 1,2,3 tu bacaan untuk ape? Itu sebenarnye bacaan brp byk roda tayar kita berpusing dalam 1 minit. Itu sbb cara bacaan dibaca dgn 1000rev/min bermaksud roda tayar kereta berpusing sebanyak 1000 kali dalam masa 1 min. Dalam subjek Mechanics, kita akan belajar Translational/Linear Motion dan Rotational Motion. Linear Motion yang saya maksudkan ialah 100km/h iaitu kereta bergerak lurus ke hadapan manakala Rotational Motion ialah 1000rev/min tayar kereta bergerak dalam keadaan bulat. Bila digabungkan linear dan rotational, kereta mampu bergerak ke hadapan dgn pusingan roda tayar kereta. Menarik kan? Byk lagi yang akan belajar dalam mechanics dan byk juga persoalan yang boleh dibuktikan.

2. Jangan pilih course berdasarkan result.
Semasa pilih UPU nanti, adik2 kene fikir, tidak semestinya adik2 akan dpt subjek A sampai bila2 kalau kita x minat subjek tu. 
Result saya masa SPM 7A2B, B English dan Bio.. 
masa Asasi Sains UITM dengkil , 
                         Sem 1  Sem 2
Math             A      A
Physics         B      B+
Chemistry   B       B
Biology        B-      C+

Walaupun Math saya dpt A masa asasi, saya x pilih Pure Math atau Sains Aktuari ke untuk degree. Sbb saya belajar math hny untuk dpt A tapi saya x nmpk apa yg menarik dlm math. Oleh itu, jgn pilih UPU berdasarkan result. Tapi, kene lah pastikan result kita tu layak untuk ambek course tu mcm minimum requirement. 

3.Semak dulu apa yang akan dibelajar sepanjang degree.
Adik2 kene tahu dulu apa yang akan dibelajar nanti, walaupun akan ada perubahan mengikut semasa, tetapi ia tetap syllabus yang sama.
Ini kerana, setiap uni berbeza apa yang akan dibelajar, itu terpulang kepada uni tu.

4.Pilih Universiti berdasarkan course bukan kerana u tu terkenal.
Saya pilih UTM kerana berdasarkan research yang saya cari UTM sgt terkenal dgn course Math, Physics dalam skop Fakulti sains. Adik2 jgn pilih u sbb nk gah dgn nama kerana setiap uni ada kelebihan masing2. Contohnya, UiTM terkenal dgn subjek Law, USM medic, UM business , UPM sains pertanian, UTHM optic dan mcm2 lagi. UTM telah lahirkan graduan yang paling muda dpt PHD seawal usia 23 tahun, Dr Mundzir dalam jurusan Fizik.

Sepanjang sem1 saya di UTM, minat saya terhadap fizik semakin mendalam. Lecturer memberi galakan dan peluang terhadap kami. Lecturer wujudkan situasi seperti kami ni satu keluarga fizik yang besar. Antara aktiviti yang kami buat berbanding course lain Chemistry dan Math ialah program fye (first year experience). Kami pergi berkhemah selama 3hari2malam di Pantai Mersing. Jabatan Fizik juga wujudkan bilik undergraduate untuk students belajar, rehat2. Kami juga jalankan program bersama lecturer seperti Gravity Challenge. Setiap 2minggu sekali, akan ada talk bersama mcm2 lecturer iaitu program USS (university science speaker) yang membincangkan tntg penemuan baharu dalam Fizik. Kalau nak tahu, masih byk lagi peluang untuk dpt Noble Prize kalau kita menemukan benda baharu!! Dan yang paling menarik, sume lecturer physics di UTM merupakan alumni UTM/ex student UTM!! Ia akan membentuk satu generasi pelajar dgn lecturer dalam jabatan Fizik di UTM!!

Walaupun result sem1 saya x sebagus yg disangkakan, tetapi byk perkara yg saya pelajari berbanding result di atas kertas.
Mechanics                 B+
Electricity and Magnetism     B
Mathematical Methods 1      B-
Islamic and Asian Civilization   A
Introduction to Physics        A
Practical Physics 1            A

Panduan Asasi dan Degree sama, maksudnya ia xkn berubah mengikut semasa. Berbeza dgn SPM dan Matriks kerana ia berubah mengikut purata result student, kalau ramai dpt 70, dia akan turunkan gred dan ramai akan dpt A seterusnya tinggi peluang nk dpt 4flat. Tetapi di Asasi dan Universiti, result tetap walaupun ramai dpt kat 70. Itu sebab ramai dpt A masa SPM dan 4flat kat matriks berbanding students asasi dan university. 

Tetapi, adik2 jgn risau, pemilihan UPU berdasrkan markah sbnr seperti 60%, 70% and so on bukaanya gred seperti A dan 4.0 tu. So, hny yg layak dan memenuhi syarat2 shj boleh lepas course tersebut. 

Memang dia tulis gred pada min.requirement tetapi pihak UPU tetap rujuk markah sebenar yg diberikan oleh pihak asasi dan matrikulasi. So, jgn terkejut kalau x lps sedangkan dh melepasi syarat2 kelayakan. Bagi adik2 dari asasi, jgn stress kalau dpt 3.0 ke atas kerana itu sgt bagus.
Ermmm, saya rasa tu shj tips untuk pilih UPU. Saya nk share sikit gmbr saya sepanjang sem1. Doakan saya dpt habiskan 7 sem lagi di UTM. Dan saya berasa sgt gembira dengan jurusan yang saya ambek. UTM juga membuka peluang kepada sesiapa yang ingin exchange student ke luar negara selama satu sem. Saya berharap dpt menimba ilmu dgn lebih mendalam tntg FIZIK. Akhir kata, kita kena betulkan niat, yg kita mencari ilmu ALLAH agar diredhai dan diberkatiNYA bukan hanya untuk menduduki peperiksaan akhir. Kita kene mencari kebesaraan dan keagungan ALLAH kerana ilmu Fizik sgt berkait rapat dengan AlQuran kerana Alquran telah menceritakan segalanya manakala sains hanya mengagungkan kebesaran ALLAH SWT.

GravityChallenge

Kolam Renang UTM

SUKAM 2017 KTF

Perpustakaan Sultanah Zanariah

FYE Mersing

Masjid Sultan Iskandar

Taman Ekuin

Stadium Azlan Shah UTM

Latihan olahraga SUKAM KTF




Monday, 9 October 2017

Catshow


Hye gaizzzπŸ‘‹πŸ‘‹

i'm very excited when there is a catshow!! Do u know, the cat worth 5-10K!!
It's a new experience for me as i never touch those cat with a high price. Their fur is so soft like carpet.. I wish i have those cat so that i can sleep well😽😽 Hehehe





I fall in love with cats last 2 month, when my mom got this sibling cats from her student. Its just a Siamese Cat but they were so cute as i expected!!😻😻

My lil bro and me give name for the cats which is Snow and IceT. Snow have a full white fur while IceT have a black spot on its nose.

its IceT!!!!
snow & iceT

It's cute right? But, i'm very sad bcz i need to persuade my study in degree for 4 years. I wish my baby doesn't forget me😿😿














Tips untuk berat badan ideal

Assalamualaikum dan Hai guysss😘😘

Sebenarnya untuk kekal pada berat badan ideal ataupun pada BMI yg normal, kita hanya perlu mengikut jadual waktu pemakanan yang betul. Walaupun pada mereka yg berumur 40 an ke atas ataupun 20an ke bawah, tetap kene jaga kesihatan!!!πŸ™†πŸ™†

Bagi aku, kita x perlu diet yg ekstrem kemudian melantak sampai x ingat dunia,, tapi berpada2 lah.. Bukannya kalau seseorang tu badan kurus, tidak langsung terdedah kepada penyakit,, tapi sekurang2nya, kita terhindar lebih jauh dari penyakit yg berbahaya dan kritikal.

Bukankah, kalau badan besar akan lebih memudaratkan kesihatan kita?  Jadi kita cuba berada pada zon selesa. Jangan terlalu kurus dan terlalu gemuk.. Okey?πŸ˜‰

Untuk post berkaitan "berat badan ideal" ni, hanyalah my opinion, tidak ada kene mengena ngan sesiapa pun tauu.. Aku saja nak share bagaimana aku kekal pada berat badan ideal,, berikut adalah bagaimana aku akan cuba pastikan aku mengikut apa yang telah aku rancang untuk buat setiap hari...

7pagi - Breakfast Awal
-Milo Panas
*elakkan untuk ambil susu pada waktu pagi. Milo panas juga bagus untuk orang yang mengalami gastrik secara tiba2.
-Cereal / Roti Wholemeal
*mampu bertahan dalam masa 3 jam, selepas itu kene ambek makanan berat. Elakkan ambil roti putih, kerana mengandungi asid.

10pagi - Breakfast penuh
-Air Suam
**Elakkan mengambil air panas/sejuk.
-Nasi Lemak / Mihun / Mee / Kuew Teow
*makan dalam kuantiti yang sederhana. Satu senduk sudah memadai. Jangan makan sampai kekenyangan!!

12-2 petang - Lunch
-Air Suam
-Nasi (1 senduk)
-Ayam / Ikan / Daging
-Sayur ( 1 mangkuk)
-Buah2an (pisang, betik)
**makan buah2an seperti pisang/betik 30 min sebelum makan, kau akan rasa kenyang dan akan kekenyangan walapun hanya satu senduk nasi shj. Sayur, pisang, betik juga bagus kerana akan membersihkan usus kita seperti jala yang memerangkap sisa makanan kat saluran usus, dan kita akan terhindar dari kanser kolon.

5petang - Hi-Tea
-Air panas (Coffee/Teh panas/Teh O)
-Biskut

7-8malam - Dinner
-Air suam / jus buah
-Nasi (1 senduk)
-Ayam / Ikan / Daging
-Telur / Kentang / Burgedil (2kali seminggu;tukar2)
-Buah2an (jambu batu,etc)
**Jambu batu bersifat alkali, oleh itu ia akan meneutralkan badan kita yang berasid kerana kebanyakkan makanan yang kita makan mengandungi asid berbanding alkali.

10-11malam - Supper
-Susu suam
** ambil susu sebelum tido menghangatkan tubuh badan kita. Susu Full Cream lagi bagus berbanding susu perisa coklat, madu etc kerana kandungan vitamin yang berbeza.
-Roti Wholemeal
**sangat bagus diambil bersama susu sebelum tido, kerana kita akan kenyang sebelum bangun pagi.

Perasan tak, kenapa aku makan banyak kali tapi aku boleh yakinkan yang kau akan dapat berat badan ideal? Ini kerana, aku makan dalam kuantiti yang sedikit tetapi makan banyak kali setiap selang 2-3 jam.

Selama 2-3 jam, jangan langsung kunyah makanan2 manis, jajan, sebab itulah punca berat badan naik. Berbanding, amalkan minum air putih 2-3 liter sehari. Memang agak susah untuk latih diri makan dalam kuantiti sedikit, minum air putih 2 liter, tetapi bila kau buat selalu, ia sudah menjadi kebiasaan. Tambahan pula, kulit kau akan cantik, tiada masalah penyakit.

okey, berkaitan coklat, maggi, jajan, burger, kekacang, cheese, seafood.. bole jer makan, tetapi hadkan,, dalam seminggu sekali jer. okeylah kan? bukan x ambil langsung, kita ni manusia biasa kotttπŸ˜– Kalau kau ambil seafood berlebihan, kolestrol dalam badan akan naik, nyamuk akan gigit kau.. tapi rilexx,, buat jer air detox, ia akan seimbangkan balik badan kau. (Hiris lemon 2-3 keping, rendam dalam air suam2panas)

Elakkan minum air manis dan ais dengan kerap, gantikan dengan air suam. Sampai satu masa, kau akan rasa enaknya air masak berbanding air pewarna tu.. Hahaha

^okeylah, sampai sini jer rasanya. Aku minta maaf kalau ade kekurangan ke, salah info ke.. πŸ˜…πŸ˜…






















Sunday, 8 October 2017

Masak bubur menggunakan periuk nasi

Assalamualaikum and Hai guys😊😊

Harini aku nk tunjukkan cara memasak nasi menggunakan rice cooker!!πŸ˜€πŸ˜€
Maklumlah sebagai student, kita kenalah explore benda2 pelikkan? hhaha

Sebenarnya, byk kegunaan rice cooker nie.. Boleh masak macam2!! Ibarat mcm kau ada mini dapur.. Haaa gitu..πŸ˜†πŸ˜†

InsyaAllah, lepas nie aku akan update camna nak masak spaghetti lak..🍝
okey, bubur ni bole mkan untuk 2 org, bagi aku lah,, depend..πŸ˜‰

Bahan2:

  1. Beras (setengah pot)
  2. Ayam goreng (bahagian dada)πŸ— 
  3. Periuk Nasi Ofcoz!!












Cara2 memasak;
Basuh beras 2 kali tapis.
Kemudian letak 2 kali air bersamaan pot yg digunakan untuk sukat beras tadi. 
Dan letak secubit garam(kalau ada).

Masak beras tu dengan tekan bhgn "cook" kat rice cooker tu.
Tutup bahagian atas.

Tunggu selama 10 minit, dan angkat penutup periuk.
Kalau air tu dah berbuih, baru boleh masuk ayam.

Ayam, carik2kan sampai halus. 
Kemudian masuk ke dalam bubur.
Masukkan lagi 1pot air ke dalam bubur, dan tutup balik penutup periuk nasi tu.

Selepas 5 minit, bubur akan berbuih2 dan buka penutup periuk tu. 
Biarkan periuk nasi terbuka.
Biarkan bubur masak dengan sempurna dan lembut.

Dah siap!! 


**tips: masa makan, bole lah letak kicap, lada sulah dan etc.

Ayam goreng bole beli kat kafe universiti..
Bila makan malam, asyik makan masakan panas jer, boring jugak kan? Kalau ada lauk pauk pun, sume dah sejuk. So, apa kata kita buat bubur, lagi sedap!! Percayalah, ni resipi turun temurun daripada Mak aku tau!!πŸ’
Setakat nie, ramai dah kawan2 datang kat bilik aku rasa bubur yg sedap nie..🍚
Boleh lah ubat sikit "homesick" bila dapat rasa masakan seperti di rumahπŸ˜‚πŸ˜‚

Tips memilih UPU (Ijazah sarjana muda sains Fizik )

Assalamualaikum wbt. Hai!! Okey, harini saya nk share sikit pasal jurusan yang saya ambek kat UTM. Ijazah Sarjana Muda Sains Fizik ata...